Sejarah


Sekolah Kebangsaan De La Salle adalah sekolah bertaraf bandar yang terletak di Jalan Iskandar, Kampar Perak. Sekolah ini berhampiran dengan Kampung Batu Berangkai dan Kampung Padang Tembak.

Sekolah ini mula beroperasi pada 5 Mei 1953 dan nama asalnya ialah St.Micheal Institution Kampar Branch. Lokasi asal sekolah ini ialah di tepi gereja Katolik, Jln Iskandar, Kampar. Ketika itu hanya 5 orang murid lelaki sahaja belajar di sekolah tersebut. Guru Besar pertama yanng bertugas ialah Encik Chee Kar Loke. Sehingga kini SK De La Salle telah ditadbir oleh 20 orang Guru Besar dan jumlah guru terkini ialah seramai 30 orang.

Pada tahun 1955, bilangan murid telah bertambah dan 4 buah bilik darjah telah dibuka untuk menempatkan Tahun 1, 2, 3 dan kelas tadika. Pada 31 Oktober 1956, sekolah ini telah berpindah ke tapak bangunan yang ada sekarang dan diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan De La Salle, Kampar. Murid-murid terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta kelas tadika. Semua muridnya adalah murid lelaki kecuali kelas Tadika.

Dari tahun 1963 - 1965, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan sekolah ini untuk Kelas Pelajaran Lanjutan pada waktu petang. Pada tahun 1963 juga, kelas kanak-kanak cacat pendengaran telah dibuka. Pada tahun 1970, enam buah bilik darjah lagi telah dibina yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM40,000. Peruntukan ini adalah sumbangan kerajaan pusat serta derma daripada orang ramai.

Pada masa ini, murid-murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Sebahagian besar murid-muridnya berasal dari Kampung Batu Berangkai, Kampung Padang Tembak, Sungai Kroh, Taman Sejahtera dan di sekitarnya.

Peruntukan yang diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sekolah Mubaligh juga telah banyak membantu pihak sekolah untuk membaiki dan menambah prasarana sekolah disamping kerja-kerja pembangunan dan  baik pulih yang lain. Selain itu, PIBG sekolah ini juga banyak memainkan peranan untuk membantu pihak sekolah dalam hal pembangunan sekolah.



No comments:

Post a Comment