Pada 27 Jun 2018, SKDLS menerima lawatan dari Pintar Foundation untuk Program Pembelajaran Bergerak "STEM world" dengan tema "Semarakkan Dunia dengan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik". Program ini sangat bermanafat dan memberi pengalaman baru kepada murid-murid.
Tuesday, July 31, 2018
Friday, July 27, 2018
Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah Kinta Selatan
Pada 13 Julai (Jumaat), seramai 4 orang pegawai dari PKG Daerah Kinta Selatan telah menjalankan pemantauan bagi memilih Pusat Sumber yang cemerlang untuk mewakili daerah ke peringkat seterusnya. Ini merupakan kali pertama SKDLS terpilih mewakili Kelompok Kampar. Hasil kerjasama semua warga SKDLS, kami telah melakukan yang terbaik untuk menghadapi hari pemantauan. Terima Kasih kerana sudi mengunjungi sekolah kami. Yang baik kami jadikan tauladan, yang buruk kami jadikan sempadan.
Peperiksaan Percubaan UPSR 2018
Peperiksaan Percubaan UPSR 2018 SK De La Salle telah diadakan pada 23 - 27 Julai 2018. Semoga murid-murid SKDLS dapat pendedahan awal akan tatacara peperiksaan UPSR yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2018
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini telah dijalankan pada 18 - 19 Julai 2018 bertempat di SK De La Salle. Program ini mendapat tajaan makanan dari TESCO Kampar. Program selama 2 hari ini mendapat kerjasama daripada Jurulatih (JU) jemputan yang terdiri daripada:-
1. Bahasa Malaysia
Pn Julia Bt Khalid (Penyelia Petang SK TIWA)
2. Bahasa Inggeris
Tn Hj Issam Bin Abdul Hai (JU Bahasa Inggeris, SK Gunung Panjang)
3. Matematik
Pn Aslina Awatif Bt Ayob (Penolong Kanan Pentadbiran, SK Gopeng, Jln Ilmu)
4. Sains
En Asri Bin Ahmad (Guru Sains, SK De La Salle)
Saturday, July 7, 2018
PROGRAM GOTONG ROYONG KECERIAAN SKDLS
Program ini dirancang sebagai persiapan menhadapi Pemantauan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Daerah Kinta Selatan yang akan diadakan pada 13 Julai 2018. Guru-guru dan Kakitangan sekolah telah dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk tugasan keceriaan. Program ini telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
![]() |
Membina Sudut Koleksi Setempat & Literasi Maklumat di PSS oleh Pn Rosnita Zakaria, Pn Siti Aishah Bt Ahd Siuti dan Pn Elwa Neta Bt Itam Wali |
![]() |
Menghias Meja Karel oleh Ustazah Maslamah Bt Hj Ahd Razali |
![]() |
Mengecat Pusat Sumber oleh En Mazlan, En Rahim dan Kak Zah |
![]() |
Mengemas Bilik RBT oleh Pn Rosnah, Tn Guru Besar (En Mohd Hasnul Hisham) dan En Hasnan Manan |
![]() |
Menyusun atur Bilik RBT |
![]() |
Menyusun atur Bilik Komputer |
![]() |
Mengemas Bilik Komputer oleh En Mohd Faiez, Pn Puteri Zairene dan En Norhazali |
![]() |
Mengemas Bilik PJ oleh En Jaafar Abd Ghani, En Choo Chee Seng, En Azwan, En Mohd Hafiz Abdullah dan En Yusaini |
![]() |
Menyusun semula peralatan sukan |
![]() |
Menghias Pondok Ilmu |
![]() |
Meletakkan lapik meja di Pondok Ilmu oleh Pn Fauziah Hussin, Pn Noraidawati Aziz dan Pn Roslinawati Ismail |
![]() |
Mengecat Bilik BOSS oleh Ustaz Hasmawi Deraman |
Menceriakan Bilik Sains oleh Pn Chu Pei Ying,
Pn Kuah Ai Choo dan Pn Sharifah Norazua
![]() |
Menyusun atur Bilik Sains oleh Pn Chu dan En Asri Ahmad |
Subscribe to:
Posts (Atom)